Followers

Monday, June 4, 2018

Lepaskan,luahkan..lapangkan dada


Assalamualaikum,
Aku sengaja ambil kesempatan nak membebel lagi di blog ni setelah sekian lama menyepi.Biasalah, kadang-kadang perlukan tempat untuk meluah dan melakarkan kenangan.Pada aku, aku tak suka untuk meluahkan rasa atau pendapat directly to Facebook.Mungkin sebab facebook dah jadi medium communication yang sangat popular dan most people ada account FB. Macam aku sendiri kebanyakan sudara mara dan kawan-kawan ada FB, tu yang aku lagi malas nak berceloteh di mukabuku.hahaha.No privacy orang kata :). Kalau blog ni memang aku sorang je kat sini..best!

Puasa tahun ni,Auni dah 4 tahun lebih umurnya..dan Amni pulak 1 tahun lebih.Last year Amni masih baby lg, senang nak handle sebab baby banyak diam je.Bila dia dah makin membesar,lasaknya lain macammm..sama banyak dengan mulut dia berceloteh.Seingat aku la..Auni dulu tak da la potpet poetpet macam si kecik ni.Dah la sedikit kasarrr..hahaha.Kalau tak kena dia akan mengamuk,pakej boleh cekau-cekau muka aku.Kadang-kadang aku pun naik minyak sekali. Alhamdulillah tahun ni tahun pertama Auni belajar berpuasa.Aku memang tak paksa dia,tapi aku believe di sekolah di dah belaajr serba sedikit about puasa.Jadi aku sengaja buatkan satu kalendar puasa dan kalendar solat untuk dia.Aku cakap kalau tick ni ada banyak nanti nak bawa dia pergi Legoland.Tu memang dia punya request..jadi weekend bila kt rumah dia sedaya upaya cuba berpuasa dan tiap2 malam nak ikut kitaorng solat berjemaah,terawih.As for now dia dh dapat puasa penuh untuk 4 hari.

Semalam aku dan suami bawa dia buka puasa di GoodHope hotel, depan rumah je.Tapi sebab nak kasi Auni reward puasa kita sengaja bawa dia makan kat luar,kasi dia pilih dan tengok macam2 jenis makanan ada..berwarna-warni.Nasib baik suami aku pun bertimbang rasa,kalau weekend dia suruh aku rehat,tak payah masak untuk berbuka dan baju-baju kotor dia angkut semua pegi laundry je.Balik aku tinggal lipat dan susun dalam alamri masing-masing je.
Terselit rambut sinonet tu kat situ :)

Kakak Auni yang happy tunggu waktu berbuka :)
Lepas berbuka kita balik rumah dan siap-siap kemas beg sekolah,baju kerja untuk harini pulak.
------------------------------------------
Berbalik pada Amni,aku perasan dia lain sikit dari kakak dia.Dia jenis mudah mesra,banyak cakap tapi ada sedikit kerasnya.Kalau mengamuk memang terukkk.Aku rasa mungkin emosi aku xberapa baik time pregnentkan dia.Seingat aku sepanjang pregnent aku banyak bersedih sebab arwah adik aku tengah sakit,melawan kanser sehingga dia meninggal.Lepas 2 bulan abg aku pulak meninggal.Tambahan lagi aku tengah sarat tapi terpaksa jalani operation,walaupun doktor cakap risiko tapi no choice...mungkin ini sedikit sebanyak mempengaruhi Amni.

Aku banyak google macamana cara nak didik anak seusia Amni supaya tidak jadi pemarah dan pembengis.Ada 1 artikel tu cakap mungkin kena banyakkan aktiviti luar kasi dia penat dan time bermain tu dia luahkan segala rasa..biar dia menjerit-jerit mungkin itu cara dia nak lapangkan dada dan keluarkan segala stress.Semalam memang aku dan husband ada bawa anak-anak pegi mall,jalan-jalan dan kasi dia main kt indoor playground,kakak Auni tak sebab dia puasa.Takut dia penat.Aku nampak Amni bermain sepenuh hati dan terpekik-pekik gembira.And its work! semalam time bawa pegi buka puasa tu dia well behave.Aku boleh control dia..Alhamdulilah.

Ya Allah,semoga Amni Afiqah dan Auni Afifah jadi anak y solehah,lembut hati,baik rupa dan budi pekertinya serta sentiasa dibawah lindungan Allah..






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Photobucket