Followers

Tuesday, August 7, 2018

Aku Ingin Kembali..Semoga ada Kali yang Seterusnya..

Ni kiranya tengah musim haji,tetamu-tetamu Allah makin ramai membanjiri bumi mekkah untuk melakukan ibadah-ibadah haji.Aku dan anak-anak juga tengah berkira-kira hari keberangkatan suami ke sana.Lagi 7 hari..sobs,sobs..

Ni membuatkan aku makin teringat kenangan menunaikan umrah bersama suami dan puteri-puteri ku tahun lepas.Ya allah...permudahkan lah uruusan kami dan murahkan la rezeki kami agar kami dapat menjejakkan kaki ke sana lagi.Rindunya Ya allah...sesungguhnya bumi Mekah dan Madinah tu tersangat la berbeza dengan mana-mana tempat sekali pun.Ketenangan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...tapi kenangan itu sangat menyenangkan.Aku ingat lagi time disana, suasana pagi petang siang malam semuanya mendatangkan ketenangan..

Dalam fikiran aku totally kosong,langsung tak ingat pasal kerja..pasal rumah yang ditinggalkan..semuanya.Dalam setiap pergerakan di sana hanya ingin beribadat sahaja..dan aku bersyukur walaupun mulanya sebelum sampai ke sana aku sentiasa risaukan macamana untuk handle anak-anak kecil time disana. Namun allah bantu aku..lorongkan pertolonganya melalui family,sahabat-sahabat serta semua disana.Urusan aku sangat mudah bersama anak-anak..makin murah rezeki di sana.Time berasak-asak nk masuk taman raudhah,kami dilorongkan dengan mudah...pengawal2 dan jemaah disana dahulukan aku kerana aku bersama anak kecik.
Bila time tawaf walaupun aku dukung amni dalam carrier dan memimpin tangan Auni sepanjang tawaf(suami aku didepan,sebab dia adalah mutawwif yang mengetuai group kami..dan aku faham tentang keadaan itu),tapi aku tidak penat..tenaga aku banyak time tu..dan anak-anak ikut baca..."subhanallah..walhamdulillah...walailahaillallah.." berulang-ulang kali tanpa merengek.
Aku rindu this moments.

Bila aku dan anak-anak di masjid,aku biarkan diorng di tepi..auni kadang-kadang akan ikut aku solat tapi amni selalunya akan ada orang-orng yang datang membantu dengan tolong main-main dengan dia sepanjang aku bersolat.Jadi aku tidak perlu risau tentang lepaskan Amni sendirian time aku solat.Aku yakin..semua datang ke Mekah dengan niat untuk beribadat dan mebuat kebaikan.
Sebab itu lah aku berani dan yakin untuk lepaskan Amni maupun Auni time aku bersolat (diorang duduk sebelah tempat aku solat).Dan aku tahu orang-orang yang bantu aku jaga Amni time aku solat tu cuba buat kebaikan..semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka.Mungkin berkat bawa budak-budak,aku bersyukur

Tapi seriously bila nk tinggalkan bumi makkah dan madinah secara automatik akan rasa terlalu sayu dan sedih.Air mata mengalir selajunya dan rasa diri tersangat hina,mampukah aku kembali ke mekah dan madinah lagi.Sedih nya tinggalkan tempat rasulullah dan sahabat...Aku pun tak tahu apa y ada dalam hati sanubari Auni y waktu tu 4 thun lebih..bila kita hari last di Makkah dia datang dikatil aku..dia cakap Auni suka duduk sini,Auni nak masuk syurga,mata dia berkaca...dan setiap kali azan berkumandang dia akan cepat-cepat lari ke tingkap dan nampak orang ramai-ramai berpusu-pusu nk masuk masjid.Dia happy sgt..(bilik kitaorng ada tingkap yang terus nampak
pintu masuk masjidil haram).Aku suka tengok kt tingkap tu,sepanjang masa aku nampak
manusia tak pernah putus keluar masuk masjid tak kira siang atau malam.Aku paling suka dengar azan subuh di sana...Auni dan Amni tak habis-habis akan sebut "labbaikallah...hummalabbaikkk...innalhamdann..wa'nikmatann..lakawalmukk..la..syarikalah"

Ni lah salah satu impian aku..untuk pergi umrah bersama suami dan anak-anak..insyallah kami akan repeat.Tak ada tempat lain sehebat dan setenang bumi makkah dan madinah...

Thursday, August 2, 2018

Titipan Doa Buat Ummi Abi

Lagi 12 hari abi akan berangkat menunaikan fardu haji, atuk pulak lg 2 hari je berangkat.Macam sedikit sedih pulak bila kedua-dua hero anak-anakku bakal pergi tinggalkan kami disini.
Alhamdulillah bersyukur kerana mereka menjadi pilihan sebagai tetamu Allah kali ni,aku dokan yang terbaik untuk mereka walaupun aku belum tahu perjalanan aku dengan anak-anak tanpa mereka untuk sebulan lebih ni.

Semoga anak-anak dapat bagi kerjasama y sebaiknya.Auni tu aku risau sikit sebab dia terlalu rapat dengan abi dan atuk nya.Amni mungkin aku boleh handle cuma dia kadang-kadang cepat marah dan mengamuk.Tu yang aku takut.

Tapi aku dan suami awal-awal dah sentiasa ingatkan Auni yang abi dia nk pergi jauh naik aeroplane,supaya dia tak tersa terkejut dan kehilangan.Dan setiap hari juga la dia akan tanya... "Abi leaving today"..kalau aku jawab belum lg,dia akan senyum sampai telinga.

Semalam dia dan adik dia minta mainan, new toy katanya boring dengan apa yang dia dah ada.Jadi aku pesan dengan dia.."kalau kakak n adik nak toys,banyak-banyakkkkk..kena doakan ummi dan abi murah rezeki,ada duit..dapatlah beli " ..Auni ok je,dia ckp nanti dia solat.hahaha.Adik pulak belum tahu apa sangat,dia just angguk ikut apa yang kakak dia buat :)

Time solat maghrib tu aku dan suami mulanya bergetar bibir tahan ketawa tapi lepas tu kitoarng terus rasa nak nanges. Budak 2 orang ni mulanya solat kt belakng kita,then lepas tu dorng pergi bawah meja..aku dengar auni dan adik dia doa.Auni la yang mengetuai bacaan doa,adik pulak mungkin just mengikut je aminkan.

 "ya allah,murahkan lah rezeki ummi dan abi so that auni dan adik dapat toys..Ya allah,jaga kan abi sebab abi nak leaving..ya allah jaga ummi sebab ummi sedih abi dh nak leaving"..
Tu lah butir-butir doa yang aku dan husband dengar jelas semalam.Sedihhh..aku takut nk berjauhan dengan suami aku..takut tak dapat handle budak2..


Aku kena kuat dan jaga emosi anak-anak supaya mereka tidak merasa kehilangan.Doakan aku...semoga aku dapat laluinya,walaupun sebulan lebih tapi aku rasa lama sangat sebab aku dh terbiasa husband sama-sama berganding bahu jaga anak-anak dan keperluan rumah tangga kami.

Monday, July 9, 2018

Dugaan Yang Dikirimkan..

Hari sabtu tu adik ipar aku ada buat open house..diorang buat 2 sesi 11am - 3pm untuk keluarga besar kitaorng (means side adik ipar aku) then 5pm - 9pm side husband dia punya family.
Memandangkan aku pagi kena bawa auni pegi school ativity and husband ada taklimat haji jadi kitaorng punya plan nanti dah habis activity masing-masing kitaorng pegi je open house tu (pegi y session 11am-3pm).Petangnya husbnad aku ada meeting lagi dengan jemaah haji,so terpaksa la pegi awal.Tapi kitaorng dh call adik ipar aku awal-awal minta kebenaran.Alhamdulilllah dia cakap ok je..:)

Mulanya aku punya plan nak balik kemas-kemas rumah and boleh rehat la barang sekejap.Tapi lain pulak jadinya,on da way balik dari open house tu husband aku 'tercium' kereta depan.Maka terpaks ala settle kes tu dulu.Kereta kitaorang ok,tapi kereta depan tu kemek sedekit bumpernya.Husband decide hantar kitaorng balik rumah dulu then dia keluar pegi settlekan urusan dan terus ke taklimat dengan jemaah.Pity him..aku tahu dia penat.Aku hanya mampu doakan kesejahteraannya.

Dirumah aku siapkan apa y patut dan masak untuk kitaorng makan malam bersama.Aku masak lauk kegemaran husband aku.Sebelum husbnad aku sampai,budak-budak dua orang tu aku dah mandikan siap-siap..tinggal tunggu abi untuk makan sama-sama je.Kitaorng pun makan la sama-sama sambil berbual walaupun kena sound dengan kakak Auni ''ummi..abi..time makan cannot talk,nanti Allah tak sayang kita" Gulpp...
Si kakak ni bajunya basah tertumpah air,jadi dia naik atas sendiri nak tukar baju.Sekali aku dengar bunyi 'pummm!!!!' beserta suara menangis y kuat.Ya allah..luruh jantung aku,nampak dia terbaring jatuh.Aku angkat dia,betulkan rambut dia..then...darah keluar dari kepala.macam air paip.Husband aku dah panic, dia berkejar lari ubat,kapas dan segala ubat-ubatan.Aku kena kuat..aku ambik tuala...aku tekapkan di kepala Auni.Tangan aku basah dengan darah..aku tukar tuala..Time ni dia dah tak menangis.Turut apa yang aku cakap.Aku suruh dia mengiring di riba aku..dia ikut


Terus bawa dia ke clinic,nasib baik lukanya tak dalam.Tapi kalau bahagian kepala darah memang banyak walaupun tidak terlalu dalam lukanya.
Allah..malam tu kitaorng tak dapat tidur standby kalau-kalau Auni demam terkejut or takut dia tidur lasak dan menyakitkan kepala dia.
Lagi 1 sebelum pergi hospital malam tu aku hampir pengsan..hahaha.Baru aku tahu aku mabuk darah.Time aku tekapkan tuala di kepala auni,aku nampak darah keluar dr luka tu membuak-buak,aku rasa pening dan macam nak muntah.Terus mulut aku pucat dan muntah.hahahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Photobucket