Followers

Wednesday, October 31, 2018

Anak Sakit, Mak Ayah Gelisah

Aku paling la berdebar-debar kalau dapat call yang keluar nombor telefon sekolah anak-anak.
Dua hari lepas lepas hantar budak-budak dalam jam 7.15 aku dan suami pegi breakfast.Macam biasa ke Geylang je la versi chop chop je by 8.10 dah ada di office.Aku pulak jenis kalau dah masuk office terus duduk,buka laptop,check email dan mulakan tugasan.Email aku pulak at least mesti nak ada 2 3 email y perlukan action aku pagi-pagi ni.

Sedar-sedar dh nak mask jam 11.00...baru la aku cuit nak tengok hp.Kot-kot terlepas message-message penting ke.Sekali dah naik nombor sekolah Auni 3 kali.Sejak jam 9 lagi. Aku dah agak ni,mesti ada yang tak kena dengan budak ni..padahal td pagi time hantar dia aku memang chck suhu diorang.Semua normal.Aku call semula berbual dengan guru kelas dia teacher shikin.Dia cakap auni muntah-muntah and now agak lemah.Teacher dah tolong mandikan tukar baju, letakkan ubat di perut dan badan kot-kot dia xselesa perut tu yang  muntah dan now tengah kasikan dia tido.

Sedih dengar..tapi aku tak risau sangat.Sebab aku kenal anak aku..aku tahu keadaan dia.Dia memang akan start dengan muntah kalau nk demam or sakit.Aku terpaksa menimbal balik keadaan,kalau aku ambik urgent leave aku akan problem sebab dah ada 3 schedule yang aku dah listkan before untuk har i tu.Nasib baik suami aku tak fly kemana-mana bulan ni..Alhamdulillah.Dia pegi ambik auni dan bawa ke office dia.Aku amat yakin dengan cara suami aku uruskan anak yang sakit,dia sangat jaga dan anak-anak pun xde la jenis yang akan meronta-ronta nak ummi dia je kalau sakit.kita boleh sama-sama take turn jaga diorng.

Maka berkampung la auni di office abi dia 2 hari.Hari ni aku nampak di dh ok jadi aku hantar di g skolah macam biasa.Mungkin belum fully recover agaknya,teacher shikin call aku lg cakap auni badan panas.Suhu dia 38.5 now...aku terpksa minta tolong dari suami aku lg untuk harini.Tapi esok aku tekad untuk ambik leave,nk jaga anak aku biar betul-betul rehat dan sembuh.Biasala bila bawa ke ofis tak dapat rehat betul-betul.

In lah yang selalu terjadi kalau anak-anak sakit,ibu bapa yang akan gelisah dilema sebab nak kena berkorban jaga mereka.Aku fikirkan kesihatan anak-anak yang penting,kerja tak pernha habis dan tak semua orang dalam pejabat akan appreciate apa yang kita buat.Tapi kalau kerap-kerap ambik child care leave ni pandai pulak  sibuk-sibuk buat cerita kan.Tak pe la,Allah sentiasa ada bersama kita yang penting kita tunaikan tanggungjawab kita sebaiknya.Jangan harapkan penghargaan dari orang.Baik lah anak...esok ummi jaga korang di rumah ye.Boleh masak untuk anak-anak ummi makan..semoga cepat sehat

Thursday, October 25, 2018

Bersedia Mencari Identiti Diri

Sejak jaga appication team under IT-Department ni aku dah terbiasa jadi panel interviewer.
Baru aku sedar rupanya kadang-kadang soalan yang kita dapat time di interview dulu tu bukannya semata-mata kerana mereka mahukan jawapan tapi sebaliknya lebih kepada nak tahu personality seseorang candidate.

Sebab aku pun sama,banyak soalan yang aku tanyakan menjurus kepada nak tahu lebih details personality seseorang selain dari skill level yang menjadi keutamaan.Aku pernah buat satu keputusan yang silap tempohari, aku dapat resume dari HR untuk candidate yang appy sebagai software developer.Memandangkan candidate dari KL dan tidak dapat hadir untuk interview di sini (Singapore) jadi aku arrange kan call interview.Pada aku dari segi skill aku dah bleh accept this candidate tapi aku belum tengok physically..susah nak tahu personality dia.Nak dijadikan cerita tanpa banyak hal aku dah accept dia. Of course HR akan approve based on form evaluation y aku hantarkan.

Bila dia dh join..sekali hambekkk koAku terpksa hadap staff baru aku ni dengan bermacam perasaan.Banyakkkk sangat masalahnya..Semua sebab personality dia.Sehingga kan aku rasa yang aku perlu cari kerja lain sebab dah tak boleh nak hadap dia ni.Nasib baik tak lama...dalam 6 bulan gitu dia dengan rela hari resign sebab nak balik malaysia.Aku syukur sangat.

Kali ni pulak aku tengah hadap kerenah intern student yang mereka hantar bawah jagaan aku.Budak ni bukan local dari singapore...dari india. This girl dari 1st day dah buat hal macam-macam, boleh tanya aku nak balik awal.That time dalam kul2, ya hari pertama belum ada kerja tapi ko sepatutnya tak boleh ask fot that.Rasanya bila ingat balik aku zaman aku dulu-dulu semua ikut je apa yang orang kasi time internship jauh sekali nak meminta-minta.

Sekarang ni aku betul-beul jaga dia punya attendance, setiap minggu ada Mc and leave.Apa nak jadi ni...please la cari identiti diri dari sekarang.Jangan bawa peragai macam ni bila dah keluar nanti.bila dah betul-betul dalam dunia kerjaya.Dah la aku malu nak beradapan dengan komen-komen dari sesetengah staff kt sini. contoh yesterday .."your intern just simply open biscuit box at finance department.." what???Aku awal-awal dah brief,dalam pantry semua barang kt dalam tu boleh digunakan sebab memang company sediakan..yang lain kena ask permission.

Tadi pulak aku nampak dia slumber je pegi masuk kt IBM department dan keluarkan air dari fridge situ.Aku diamkan..sekaliiii one of the IBM lady whtsapp aku cakap intern sesuka hati masuk bilik diorng dan guna that fridge.Tahu tak aku susah nak jawabbb...lagi satu nak explain tu that intern pun susah.Tkaut salah paham pulak..tpai ko tu dh bengap sangat dh kenapa..

Masih ada 3 bulan lagi internship period ni.Dah la task yang aku suruh buat asyik-asyik give up cakpa xboleh.Aku dah handle intern dari 2 tahun lepas lg...aku akan kasi task yang memang level diorng dan yang lain-lain semua boleh excel dan boleh kasi aku senyun dengan hasil diorang.Yang ni agak parah yaaaa,,,

Aku kalau boleh tak nak teirma intern dalam department aku, sebabnya aku jugakkk la yang nk kena handle and manage dionrg ni.Dah la dengan team lagi nak kena manage.Mana nak handle tema task,status update ( setiap minggu nak kna ada team meeting), upcoming project ( nk kena deal ngn sales, customer and team itself to produce quality and software y meet requirement)

Hari-hari aku cakap ngn husband aku yang aku nk berhenti kerja..hahahaha

Tuesday, August 7, 2018

Aku Ingin Kembali..Semoga ada Kali yang Seterusnya..

Ni kiranya tengah musim haji,tetamu-tetamu Allah makin ramai membanjiri bumi mekkah untuk melakukan ibadah-ibadah haji.Aku dan anak-anak juga tengah berkira-kira hari keberangkatan suami ke sana.Lagi 7 hari..sobs,sobs..

Ni membuatkan aku makin teringat kenangan menunaikan umrah bersama suami dan puteri-puteri ku tahun lepas.Ya allah...permudahkan lah uruusan kami dan murahkan la rezeki kami agar kami dapat menjejakkan kaki ke sana lagi.Rindunya Ya allah...sesungguhnya bumi Mekah dan Madinah tu tersangat la berbeza dengan mana-mana tempat sekali pun.Ketenangan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...tapi kenangan itu sangat menyenangkan.Aku ingat lagi time disana, suasana pagi petang siang malam semuanya mendatangkan ketenangan..

Dalam fikiran aku totally kosong,langsung tak ingat pasal kerja..pasal rumah yang ditinggalkan..semuanya.Dalam setiap pergerakan di sana hanya ingin beribadat sahaja..dan aku bersyukur walaupun mulanya sebelum sampai ke sana aku sentiasa risaukan macamana untuk handle anak-anak kecil time disana. Namun allah bantu aku..lorongkan pertolonganya melalui family,sahabat-sahabat serta semua disana.Urusan aku sangat mudah bersama anak-anak..makin murah rezeki di sana.Time berasak-asak nk masuk taman raudhah,kami dilorongkan dengan mudah...pengawal2 dan jemaah disana dahulukan aku kerana aku bersama anak kecik.
Bila time tawaf walaupun aku dukung amni dalam carrier dan memimpin tangan Auni sepanjang tawaf(suami aku didepan,sebab dia adalah mutawwif yang mengetuai group kami..dan aku faham tentang keadaan itu),tapi aku tidak penat..tenaga aku banyak time tu..dan anak-anak ikut baca..."subhanallah..walhamdulillah...walailahaillallah.." berulang-ulang kali tanpa merengek.
Aku rindu this moments.

Bila aku dan anak-anak di masjid,aku biarkan diorng di tepi..auni kadang-kadang akan ikut aku solat tapi amni selalunya akan ada orang-orng yang datang membantu dengan tolong main-main dengan dia sepanjang aku bersolat.Jadi aku tidak perlu risau tentang lepaskan Amni sendirian time aku solat.Aku yakin..semua datang ke Mekah dengan niat untuk beribadat dan mebuat kebaikan.
Sebab itu lah aku berani dan yakin untuk lepaskan Amni maupun Auni time aku bersolat (diorang duduk sebelah tempat aku solat).Dan aku tahu orang-orang yang bantu aku jaga Amni time aku solat tu cuba buat kebaikan..semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka.Mungkin berkat bawa budak-budak,aku bersyukur

Tapi seriously bila nk tinggalkan bumi makkah dan madinah secara automatik akan rasa terlalu sayu dan sedih.Air mata mengalir selajunya dan rasa diri tersangat hina,mampukah aku kembali ke mekah dan madinah lagi.Sedih nya tinggalkan tempat rasulullah dan sahabat...Aku pun tak tahu apa y ada dalam hati sanubari Auni y waktu tu 4 thun lebih..bila kita hari last di Makkah dia datang dikatil aku..dia cakap Auni suka duduk sini,Auni nak masuk syurga,mata dia berkaca...dan setiap kali azan berkumandang dia akan cepat-cepat lari ke tingkap dan nampak orang ramai-ramai berpusu-pusu nk masuk masjid.Dia happy sgt..(bilik kitaorng ada tingkap yang terus nampak
pintu masuk masjidil haram).Aku suka tengok kt tingkap tu,sepanjang masa aku nampak
manusia tak pernah putus keluar masuk masjid tak kira siang atau malam.Aku paling suka dengar azan subuh di sana...Auni dan Amni tak habis-habis akan sebut "labbaikallah...hummalabbaikkk...innalhamdann..wa'nikmatann..lakawalmukk..la..syarikalah"

Ni lah salah satu impian aku..untuk pergi umrah bersama suami dan anak-anak..insyallah kami akan repeat.Tak ada tempat lain sehebat dan setenang bumi makkah dan madinah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Photobucket