Followers

Thursday, August 2, 2018

Titipan Doa Buat Ummi Abi

Lagi 12 hari abi akan berangkat menunaikan fardu haji, atuk pulak lg 2 hari je berangkat.Macam sedikit sedih pulak bila kedua-dua hero anak-anakku bakal pergi tinggalkan kami disini.
Alhamdulillah bersyukur kerana mereka menjadi pilihan sebagai tetamu Allah kali ni,aku dokan yang terbaik untuk mereka walaupun aku belum tahu perjalanan aku dengan anak-anak tanpa mereka untuk sebulan lebih ni.

Semoga anak-anak dapat bagi kerjasama y sebaiknya.Auni tu aku risau sikit sebab dia terlalu rapat dengan abi dan atuk nya.Amni mungkin aku boleh handle cuma dia kadang-kadang cepat marah dan mengamuk.Tu yang aku takut.

Tapi aku dan suami awal-awal dah sentiasa ingatkan Auni yang abi dia nk pergi jauh naik aeroplane,supaya dia tak tersa terkejut dan kehilangan.Dan setiap hari juga la dia akan tanya... "Abi leaving today"..kalau aku jawab belum lg,dia akan senyum sampai telinga.

Semalam dia dan adik dia minta mainan, new toy katanya boring dengan apa yang dia dah ada.Jadi aku pesan dengan dia.."kalau kakak n adik nak toys,banyak-banyakkkkk..kena doakan ummi dan abi murah rezeki,ada duit..dapatlah beli " ..Auni ok je,dia ckp nanti dia solat.hahaha.Adik pulak belum tahu apa sangat,dia just angguk ikut apa yang kakak dia buat :)

Time solat maghrib tu aku dan suami mulanya bergetar bibir tahan ketawa tapi lepas tu kitoarng terus rasa nak nanges. Budak 2 orang ni mulanya solat kt belakng kita,then lepas tu dorng pergi bawah meja..aku dengar auni dan adik dia doa.Auni la yang mengetuai bacaan doa,adik pulak mungkin just mengikut je aminkan.

 "ya allah,murahkan lah rezeki ummi dan abi so that auni dan adik dapat toys..Ya allah,jaga kan abi sebab abi nak leaving..ya allah jaga ummi sebab ummi sedih abi dh nak leaving"..
Tu lah butir-butir doa yang aku dan husband dengar jelas semalam.Sedihhh..aku takut nk berjauhan dengan suami aku..takut tak dapat handle budak2..


Aku kena kuat dan jaga emosi anak-anak supaya mereka tidak merasa kehilangan.Doakan aku...semoga aku dapat laluinya,walaupun sebulan lebih tapi aku rasa lama sangat sebab aku dh terbiasa husband sama-sama berganding bahu jaga anak-anak dan keperluan rumah tangga kami.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Photobucket