Followers

Thursday, August 2, 2018

Titipan Doa Buat Ummi Abi

Lagi 12 hari abi akan berangkat menunaikan fardu haji, atuk pulak lg 2 hari je berangkat.Macam sedikit sedih pulak bila kedua-dua hero anak-anakku bakal pergi tinggalkan kami disini.
Alhamdulillah bersyukur kerana mereka menjadi pilihan sebagai tetamu Allah kali ni,aku dokan yang terbaik untuk mereka walaupun aku belum tahu perjalanan aku dengan anak-anak tanpa mereka untuk sebulan lebih ni.

Semoga anak-anak dapat bagi kerjasama y sebaiknya.Auni tu aku risau sikit sebab dia terlalu rapat dengan abi dan atuk nya.Amni mungkin aku boleh handle cuma dia kadang-kadang cepat marah dan mengamuk.Tu yang aku takut.

Tapi aku dan suami awal-awal dah sentiasa ingatkan Auni yang abi dia nk pergi jauh naik aeroplane,supaya dia tak tersa terkejut dan kehilangan.Dan setiap hari juga la dia akan tanya... "Abi leaving today"..kalau aku jawab belum lg,dia akan senyum sampai telinga.

Semalam dia dan adik dia minta mainan, new toy katanya boring dengan apa yang dia dah ada.Jadi aku pesan dengan dia.."kalau kakak n adik nak toys,banyak-banyakkkkk..kena doakan ummi dan abi murah rezeki,ada duit..dapatlah beli " ..Auni ok je,dia ckp nanti dia solat.hahaha.Adik pulak belum tahu apa sangat,dia just angguk ikut apa yang kakak dia buat :)

Time solat maghrib tu aku dan suami mulanya bergetar bibir tahan ketawa tapi lepas tu kitoarng terus rasa nak nanges. Budak 2 orang ni mulanya solat kt belakng kita,then lepas tu dorng pergi bawah meja..aku dengar auni dan adik dia doa.Auni la yang mengetuai bacaan doa,adik pulak mungkin just mengikut je aminkan.

 "ya allah,murahkan lah rezeki ummi dan abi so that auni dan adik dapat toys..Ya allah,jaga kan abi sebab abi nak leaving..ya allah jaga ummi sebab ummi sedih abi dh nak leaving"..
Tu lah butir-butir doa yang aku dan husband dengar jelas semalam.Sedihhh..aku takut nk berjauhan dengan suami aku..takut tak dapat handle budak2..


Aku kena kuat dan jaga emosi anak-anak supaya mereka tidak merasa kehilangan.Doakan aku...semoga aku dapat laluinya,walaupun sebulan lebih tapi aku rasa lama sangat sebab aku dh terbiasa husband sama-sama berganding bahu jaga anak-anak dan keperluan rumah tangga kami.

Monday, July 9, 2018

Dugaan Yang Dikirimkan..

Hari sabtu tu adik ipar aku ada buat open house..diorang buat 2 sesi 11am - 3pm untuk keluarga besar kitaorng (means side adik ipar aku) then 5pm - 9pm side husband dia punya family.
Memandangkan aku pagi kena bawa auni pegi school ativity and husband ada taklimat haji jadi kitaorng punya plan nanti dah habis activity masing-masing kitaorng pegi je open house tu (pegi y session 11am-3pm).Petangnya husbnad aku ada meeting lagi dengan jemaah haji,so terpaksa la pegi awal.Tapi kitaorng dh call adik ipar aku awal-awal minta kebenaran.Alhamdulilllah dia cakap ok je..:)

Mulanya aku punya plan nak balik kemas-kemas rumah and boleh rehat la barang sekejap.Tapi lain pulak jadinya,on da way balik dari open house tu husband aku 'tercium' kereta depan.Maka terpaks ala settle kes tu dulu.Kereta kitaorang ok,tapi kereta depan tu kemek sedekit bumpernya.Husband decide hantar kitaorng balik rumah dulu then dia keluar pegi settlekan urusan dan terus ke taklimat dengan jemaah.Pity him..aku tahu dia penat.Aku hanya mampu doakan kesejahteraannya.

Dirumah aku siapkan apa y patut dan masak untuk kitaorng makan malam bersama.Aku masak lauk kegemaran husband aku.Sebelum husbnad aku sampai,budak-budak dua orang tu aku dah mandikan siap-siap..tinggal tunggu abi untuk makan sama-sama je.Kitaorng pun makan la sama-sama sambil berbual walaupun kena sound dengan kakak Auni ''ummi..abi..time makan cannot talk,nanti Allah tak sayang kita" Gulpp...
Si kakak ni bajunya basah tertumpah air,jadi dia naik atas sendiri nak tukar baju.Sekali aku dengar bunyi 'pummm!!!!' beserta suara menangis y kuat.Ya allah..luruh jantung aku,nampak dia terbaring jatuh.Aku angkat dia,betulkan rambut dia..then...darah keluar dari kepala.macam air paip.Husband aku dah panic, dia berkejar lari ubat,kapas dan segala ubat-ubatan.Aku kena kuat..aku ambik tuala...aku tekapkan di kepala Auni.Tangan aku basah dengan darah..aku tukar tuala..Time ni dia dah tak menangis.Turut apa yang aku cakap.Aku suruh dia mengiring di riba aku..dia ikut


Terus bawa dia ke clinic,nasib baik lukanya tak dalam.Tapi kalau bahagian kepala darah memang banyak walaupun tidak terlalu dalam lukanya.
Allah..malam tu kitaorng tak dapat tidur standby kalau-kalau Auni demam terkejut or takut dia tidur lasak dan menyakitkan kepala dia.
Lagi 1 sebelum pergi hospital malam tu aku hampir pengsan..hahaha.Baru aku tahu aku mabuk darah.Time aku tekapkan tuala di kepala auni,aku nampak darah keluar dr luka tu membuak-buak,aku rasa pening dan macam nak muntah.Terus mulut aku pucat dan muntah.hahahahah

Friday, July 6, 2018

Kesempatan dalam Kesempitan

Penulisan ni bukan untuk keseluruhannya,terbatas kepada skop-skop tertentu.Ni kalau 2 3 tahun lg aku baca ni mesti aku rasa macam apahal aku tulis statement gini..

Pernah dengar tak orang yang mengambil kesempatan didalam kesempitan orang lain atau situasi sendiri.Ala..contohnya macamni,kat tempat krja korang ada bos(bos yang memang manage ko,supervise ko should be ok tapi ni bos dari lain department *tak de kaitan dgn ko punya task pun actually) yang suka dihargai atau dapat award or what tapi dia gunakan kuasa yang tak seberapa tu untuk perah korang habis-habisan. Yang berkerja keras sampai terbaring ialah ko.Tapi ko mana la ada orang pandang.Sapaaaa la ko kat dalam company tu kan???

Lagi satu contohnya dalam skop yang sama kt atas tadi, mulanya bos korang minta TOLONG je awalnya sebabnya urgently need, mungkin sebab ko pernah handle before or whatever.Dan ko dengan baiknya deliver pertolongan tu dengan jayanya dan apa jadi seterusnya?? Dia akan datang lagi pada ko...dengan ayat yang manis "thanks ya,maybe from you previous outcome on this thing..bla bla bla.can you eleborate more on this part bla bla"..Ko tahu tu apa maksudnya,dia nak ko buatkan kerja untuk dia dah.Otak yang fikir penat tu semua adalah ko,dia hanya ddapatkan maklumat dari ko dan present.Kalau fakta ko tu memang bagus, maka semuaaaaa orang akan angkat mangkuk hanyut tu,.."good la you"..."your presentation very interesting,informative..meet requirement.."..."bla bla"..

Kalau stop sampai situ je ok lagi,walaupun tak de orang appreciate on your work sebab tak ada orang tahu tu semua hasil ko tapi hidup ko masih ok,boleh macma biasa.Tapi kalau si bos giler ni dh mula rasa kembang-kembang hidung kena puji dan want more from you,sebab dia totally bodoh nak proceeed sendiri sebab memang ko yang berperah otak maka hidup ko terus dibayangi sehingga dia achieve apa yang dia nak.

Mulanya dia berada dalam kesempitan,minta TOLONG then bila dah dapat pertolongan dia nak lagi..lagi..dan lagi..in terms to use for own achievement.Ini la kesempatan dalam kesemiptan.Ini tidak adil!!! Tapi tak semua bos mcmni ok,ni aku cakap utk tutttt je. Ahh..menyampah aku.Sakit hati..tunggu la,ko ingat aku bodoh nak ikut semua telunjuk ko.hahaha.I will take action from now...wait ok darling :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Photobucket