Followers

Tuesday, January 1, 2013

^Angin..bawakan ia pergi ^

Assalamualikum..
Alhamdulillah,masih lagi diberi kesempatan untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Berkuasa beserta segala nikmatnya..syukur padaMu Ya Allah.Bukan niat dihati ...tapi hanyalah sekadar kebetulan,1/1/13 bukan tarikh pilihan ku untuk membuka lembaran baru untuk blog ini. ...tapi sebolehnya amat berharap tidak berakhir ukhwah y telah terbina antra aku dan follower blog ini...insyaallah.Dikesemptan ini aku ingin mengucapkan salam tahun baru 2013 kepada semua..semoga kita semua sentiasa diberi keberkatan dan sentiasa maju jaya dalam setiap apa yang dilakukan.

Setiap kali menjelangnya awal tahun baru setiap kali itu lah adanya bermacam-macam sambutan tahun baru diadakan..begitulah seterusnya sehingga dunia ni berakhir gamaknya.Mungkin sekarang kita yang menyambutnya,bila kita sudah tiada lagi didunia ni suatu ketika nanti..pewaris kita akan meneruskan tradisi ini.TETAPI..dengan cara-cara tertentu.Tidak salah sekiranya ingin menyambut tahun baru..haruslah berandarkan syariat.Tidak semestinya keluar tengah malam diambang tahun baru dan sama-sama 'countdown'..tidak semestinya harus ada percikan bunga api...tidak semestinya berpeleseran dengan teman-teman..tapi sekiranya hanya dirumah bersama keluarga menghabiskan masa bersama juga dikira sambutan.Setiap orang ada pendapat sendiri.

Aku juga tidak terkecuali...pernah menyambut tahun baru. Zaman persekolahan sewaktu di asrama penuh pun memang diadakan sambutan tahun baru peringat sekolah.Cuma agenda nya mungkin sedikit berbeza kerana pada waktu itu sambutan hanyalah diadakan di dalam surau sekolah.Kita adakan solat berjemaah,solat hajat serta sedikit bacaan..seterusnya sedikit jamuan ringan.Keeseoknnya meneruskan rutin macam biasa.

Tahun lepas aku sambut tahun baru bersama keluarga di Perak,kebetulan aku dan keluarga bercuti sambil melawat abang disana.Berkesempatan jugalah keluar makan malam bersama keluarga besar di malam tahun baru.Tahun ni pula,iaitu hari ni aku hnya dirumah..kebetulan baru tiba dari batam.(percutian jakarta-batam).Tahun-tahun selainnya pun sama,aku hanya dirumah bersama keluarga. Cuma tahun ini berbeza dan istimewanya sebab aku berada di tahun baru bersama suami dan kelurga mertua.Tahun baru pertama sebagai isteri orang.huhuhuh.Namun hati kecil tidak pernah melupakan ibu dan keluarga di kampung...



Apa yang cuba aku kongsikan disini adalah berpada-pada lah dalam seuatu perkara yang dilakukan.Dalam konteks ini adalah sambutan tahun baru.Selagi akal waras meletakkan syariat diatas,insyaallah segaanya dalam kawalan. Haruslah kita sama-sama menjaga diri. Bukan niat untuk membuka aib sesiapa..tetapi tidakkah terlintas dibenak fikiran masing-masing tentang tragedi bulan september???.Dimana lahirnya ramai anak tahun baru yang akhirnya dihumban ke dalam tong sampah...dibuang ke dalam longkang dan sebagainya.Subhanallah...
Kenapa??Gara-gara sambutan malam tahun baru yang melalaikan.Aku cukup kecewa tiap kali baca berita di surat khabar setelah berakhirnya sambutan tahun baru.Di Malaysia, selalunya pihak jabatan agama banyak melaporkan tentang statistik tangkapan khawat yang mendadak naik dimalam tahun baru.Itu yang berjaya ditangkap...yang berjaya larikan diri bagaimana pula bilangannya.Negara lain mungkin tiada tangkapan seumpama ini tetapi mungkin situasinya juga sama.Sampah sarap serta kondom bersepah ditapak-tapak sambutan, yang mengemas keesokan paginya adalah orang tua yang terbongkok-bongkok mencari rezeki sebagai pemungut sampah.Tiada perasaan malukah kita ssemua?

Janganlah kita mencari salah dan aib orang..tapi sama-sama lah kita jaga diri dan kehormatan diri.Ingatlah maruah diri,keluarga, agama dan bangsa.Sempena tahun baru...lembaran baru ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua..yang mana menetapkan sesuatu azam itu,semoga kita sama-sama dapat mencapai apa yang diipimkan.Semoga kehidupan kita sentiasa menjadi baik.Kuatkan diri tabahkan hati...setiap sejarah dan kenagan hitam yang tidak ingin diingati titpkan lah pada angin. "Angin...bawakan ia pergi"......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Photobucket